4 peristiwa penting awal penubuhan PAS
Ada empat (4) peristiwa penting yang berlangsung di peringkat awal penubuhan PAS sekitar tahun 1950-1951.
Keempat-empat peristiwa ini melibatkan persidangan atau himpunan para ulama Tanah Melayu (Malaya).
Mungkin ada yang keliru atau tersilap kronologi atau perkara penting mengenai peristiwa-peristiwa tersebut.
#PeristiwaPertama: Persidangan Ulamak Se-Malaya Kali Pertama.
Dikenali juga dengan Persidangan Alim Ulamak Se-Malaya Kali Pertama. Persidangan ini diadakan pada 21 Februari 1950, bertempat di Kelab Melayu Muar, Bandar Maharani, Johor. Ia merupakan persidangan yang dianjurkan oleh UMNO Malaya, dengan kerjasama UMNO Bahagian Muar dan Tangkak serta dibantu oleh Jemaah Pengembang Agama Muar.
Antara resolusi yang dicapai ialah:
- Pembentukan jawatankuasa untuk:
- membuat rayuan kepada Kerajaan Arab Saudi supaya mengurangkan cukai haji yang berlipat ganda,
- menyediakan layanan yang baik kepada orang yang mengerjakan haji pada masa akan datang
- Mendirikan sebuah Kolej Islam di Malaya.
- Meminta cuti pada 1 Ramadan dan 1 Syawal
- Mendesak kerajaan untuk menubuhkan Jabatan Agama di Pulau Pinang dan Melaka
- Hubungan antara majlis agama negeri perlu dijalinkan.
- Menubuhkan badan dakwah Islam (khususnya dalam menggerakkan dakwah kepada masyarakat Orang Asli)
- Mengadakan derma pengajian tinggi agama Islam untuk pelajar Tanah Melayu luar negara
Dikenali juga dengan Persidangan Alim Ulamak Se-Malaya Kali Kedua. Persidangan ini diadakan pada 23 Ogos 1951, bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. Ia merupakan persidangan yang dianjurkan oleh UMNO, selepas dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UMNO.
Persidangan ini dianjurkan bagi menilai semula resolusi persidangan pertama yang dilihat tidak berjaya dipenuhi oleh UMNO. Selain itu, ia juga dianjurkan rentetan beberapa isu melibatkan akidah dan syariah yang berlaku seperti peristiwa Natrah dan loteri UMNO.
Sebanyak 20 usul dikemukakan, tetapi hanya dua sahaja yang dibincangkan. Resolusi usul ini ialah:
#PeristiwaKetiga: Persidangan Ulamak Se-Malaya Kali Ketiga.
Dikenali juga sebagai Persidangan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Persidangan ini diadakan pada 24 November 1951, bertempat di Kelab Melayu Bagan, Bagan Tuan Kechil, Pulau Pinang. Kelab Melayu Bagan ialah pejabat UMNO Bahagian Seberang Perai.
Ia merupakan persidangan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penubuhan (Penaja) Persatuan Ulamak Se-Malaya. Ia dihadiri oleh persatuan ulamak, beberapa orang Mufti dan Qadi Besar negeri dan wakil-wakil persatuan dan perseorangan. Secara rasmi, UMNO Malaya yang telah dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman tidak menyatakan pendirian untuk hadir. Walau bagaimanapun, seramai 15 orang individu turut hadir mewakili UMNO Bahagian.
Persidangan ini meluluskan dua perkara iaitu:
Semasa usul pertama berlangsung, beberapa perkara dibincangkan antaranya:
Ini menyebabkan terjadinya peristiwa keempat.
#PeristiwaKeempat: Mesyuarat Agung Khas Persatuan Islam Se-Malaya (kali pertama)
Pengerusi Persidangan Persatuan Ulamak se-Malaya ketika itu, Ustaz Ghazali Abdullah menangguhkan seketika persidangan ulamak ini dan menganjurkan Mesyuarat Agung Khas PAS bagi meminda semula perkara dalam undang-undang tubuh bagi membolehkan dwikeanggotaan.
Hasilnya, pindaan bagi membenarkan keanggotaan dari parti siasah lain diluluskan dan jawatankuasa kerja yang dianggotai Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, 3 orang Naib Yang di-Pertua, Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan 8 orang Ahli Jawatankuasa Kerja telah dibentuk.
\\ sempena ulang tahun rasmi penubuhan PAS ke-71 (23 Ogos 1951-23 Ogos 2022)
Senarai rujukan:
Buku
Ismail Said (2011), Perjuangan PAS 1951-1970: Menegak Agama Membela Bangsa. Unit Buku Harakah
Mohd Fadli Ghani (2019), PAS 1951-1957: Penubuhan, Dinamisme Organisasi, Kepemimpinan dan Ideologi. KUIZM Publication
Riduan Mohamad Nor (2011), Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan. Jundi Resources.
Akhbar:
The Straits Times, 24 Februari 1950
The Straits Times, 24 Ogos 1951
Singapore Standard, 26 November 1951
Portal/Blog:
Mohd Fadli Ghani (2016), siri Hari Ini Dalam Sejarah PAS. Blog Akauntan Haraki
- Merayu kepada Sultan-Sultan untuk menubuhkan sebuah badan agama Islam peringkat pusat. Susulan daripada itu, sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh lima orang telah dibentuk
- Menubuhkan Persatuan Ulama Se-Malaya. Susulan daripada itu, sebuah jawatankuasa penubuhan (penaja) yang dianggotai oleh tiga orang telah dibentuk. Pengerusi jawatankuasa ini ialah Haji Ahmad Fuad Hassan. Anggota jawatankuasa ini bertambah dua orang selepas dilantik oleh pengerusi.
#PeristiwaKetiga: Persidangan Ulamak Se-Malaya Kali Ketiga.
Dikenali juga sebagai Persidangan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Persidangan ini diadakan pada 24 November 1951, bertempat di Kelab Melayu Bagan, Bagan Tuan Kechil, Pulau Pinang. Kelab Melayu Bagan ialah pejabat UMNO Bahagian Seberang Perai.
Ia merupakan persidangan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penubuhan (Penaja) Persatuan Ulamak Se-Malaya. Ia dihadiri oleh persatuan ulamak, beberapa orang Mufti dan Qadi Besar negeri dan wakil-wakil persatuan dan perseorangan. Secara rasmi, UMNO Malaya yang telah dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman tidak menyatakan pendirian untuk hadir. Walau bagaimanapun, seramai 15 orang individu turut hadir mewakili UMNO Bahagian.
Persidangan ini meluluskan dua perkara iaitu:
- Meluluskan Undang-Undang Tubuh Persatuan Ulamak Se-Malaya
- Melantik Jawatankuasa Kerja Persatuan Ulamak Se-Malaya
Semasa usul pertama berlangsung, beberapa perkara dibincangkan antaranya:
- Nama persatuan: Persatuan Islam Se-Malaya. (Dalam akhbar Inggeris, ia dipanggil sebagai All-Malaya Islamic Association)
- Status persatuan: Menjadi badan siasah (politik).
- Disiplin persatuan: Jawatankuasa Kerja Persatuan tidak boleh dianggotai oleh ahli parti siasah yang lain.
Ini menyebabkan terjadinya peristiwa keempat.
#PeristiwaKeempat: Mesyuarat Agung Khas Persatuan Islam Se-Malaya (kali pertama)
Pengerusi Persidangan Persatuan Ulamak se-Malaya ketika itu, Ustaz Ghazali Abdullah menangguhkan seketika persidangan ulamak ini dan menganjurkan Mesyuarat Agung Khas PAS bagi meminda semula perkara dalam undang-undang tubuh bagi membolehkan dwikeanggotaan.
Hasilnya, pindaan bagi membenarkan keanggotaan dari parti siasah lain diluluskan dan jawatankuasa kerja yang dianggotai Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, 3 orang Naib Yang di-Pertua, Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan 8 orang Ahli Jawatankuasa Kerja telah dibentuk.
\\ sempena ulang tahun rasmi penubuhan PAS ke-71 (23 Ogos 1951-23 Ogos 2022)
Senarai rujukan:
Buku
Ismail Said (2011), Perjuangan PAS 1951-1970: Menegak Agama Membela Bangsa. Unit Buku Harakah
Mohd Fadli Ghani (2019), PAS 1951-1957: Penubuhan, Dinamisme Organisasi, Kepemimpinan dan Ideologi. KUIZM Publication
Riduan Mohamad Nor (2011), Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan. Jundi Resources.
Akhbar:
The Straits Times, 24 Februari 1950
The Straits Times, 24 Ogos 1951
Singapore Standard, 26 November 1951
Portal/Blog:
Mohd Fadli Ghani (2016), siri Hari Ini Dalam Sejarah PAS. Blog Akauntan Haraki
Comments
Post a Comment