Sembilan pertubuhan luar negara menjadi pertubuhan tamu dalam Muktamar PAS 2022

SEMBILAN PERTUBUHAN LUAR NEGARA MENJADI PERTUBUHAN TAMU DALAM MUKTAMAR PAS 2022

Tradisi Muktamar Tahunan PAS yang dihadiri tetamu luar negara diteruskan dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 yang diadakan ke Kompleks PAS Kedah tahun ini.

Sekurang-kurangnya sembilan buah pertubuhan dari negara luar menjadi pertubuhan tamu. Lima daripadanya ialah pertubuhan dan institusi dari Asia Tenggara, baki empat lagi dari negara Pakistan, Palestin dan Turkiye.

Senarai pertubuhan tersebut ialah:

  1. Gerakan Kebangkitan Islam (HAMAS), Palestin
  2. Gerakan Jihad Islam, Palestin
  3. Parti Saadah, Turkiye
  4. Jamaat Islami, Pakistan
  5. Partai Keadilan Sejahtera, Indonesia
  6. Partai Persatuan Pembangunan, Indonesia
  7. Universiti Fatoni, Thailand
  8. Jam'iyah Ulama Patani Darussalam, Thailand
  9. Persatuan Muslim Phan Rang, Vietnam

Selain pertubuhan-pertubuhan ini, wakil-wakil dari kedutaan besar dan suruhanjaya tinggi negara asing ke Malaysia, parti-parti politik tempatan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan turut hadir dalam majlis perasmian Muktamar yang bertemakan "Malaysia Sejahtera" tahun ini.

Comments

Popular posts from this blog

4 peristiwa penting awal penubuhan PAS

05 Januari 1962 : PAS Mahu Hak Istimewa Orang Melayu Kekal Dan Terjamin

01 Januari 1973 : Pembentukan Kerajaan Campuran PAS-Perikatan