Posts

Sembilan pertubuhan luar negara menjadi pertubuhan tamu dalam Muktamar PAS 2022

Image
SEMBILAN PERTUBUHAN LUAR NEGARA MENJADI PERTUBUHAN TAMU DALAM MUKTAMAR PAS 2022 Tradisi Muktamar Tahunan PAS yang dihadiri tetamu luar negara diteruskan dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 yang diadakan ke Kompleks PAS Kedah tahun ini. Sekurang-kurangnya sembilan buah pertubuhan dari negara luar menjadi pertubuhan tamu. Lima daripadanya ialah pertubuhan dan institusi dari Asia Tenggara, baki empat lagi dari negara Pakistan, Palestin dan Turkiye. Senarai pertubuhan tersebut ialah: Gerakan Kebangkitan Islam (HAMAS), Palestin Gerakan Jihad Islam, Palestin Parti Saadah, Turkiye Jamaat Islami, Pakistan Partai Keadilan Sejahtera, Indonesia Partai Persatuan Pembangunan, Indonesia Universiti Fatoni, Thailand Jam'iyah Ulama Patani Darussalam, Thailand Persatuan Muslim Phan Rang, Vietnam Selain pertubuhan-pertubuhan ini, wakil-wakil dari kedutaan besar dan suruhanjaya tinggi negara asing ke Malaysia, parti-parti politik tempatan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan turut hadir dalam ma

4 peristiwa penting awal penubuhan PAS

Image
Ada empat (4) peristiwa penting yang berlangsung di peringkat awal penubuhan PAS sekitar tahun 1950-1951. Keempat-empat peristiwa ini melibatkan persidangan atau himpunan para ulama Tanah Melayu (Malaya). Mungkin ada yang keliru atau tersilap kronologi atau perkara penting mengenai peristiwa-peristiwa tersebut. #PeristiwaPertama : Persidangan Ulamak Se-Malaya Kali Pertama. Dikenali juga dengan Persidangan Alim Ulamak Se-Malaya Kali Pertama. Persidangan ini diadakan pada 21 Februari 1950, bertempat di Kelab Melayu Muar, Bandar Maharani, Johor. Ia merupakan persidangan yang dianjurkan oleh UMNO Malaya, dengan kerjasama UMNO Bahagian Muar dan Tangkak serta dibantu oleh Jemaah Pengembang Agama Muar. Antara resolusi yang dicapai ialah: Pembentukan jawatankuasa untuk: membuat rayuan kepada Kerajaan Arab Saudi supaya mengurangkan cukai haji yang berlipat ganda, menyediakan layanan yang baik kepada orang yang mengerjakan haji pada masa akan datang Mendirikan sebuah Kolej Islam di Malaya. Memin

05 Januari 1962 : PAS Mahu Hak Istimewa Orang Melayu Kekal Dan Terjamin

Oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani Pada hari ini dalam tahun 1962, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-10 telah membuat desakan kepada Kerajaan Pusat supaya meminda Perlembagaan Persekutuan untuk "menetapkan hak istimewa orang-orang Melayu kekal dan terjamin selama-lamanya," ekoran dari cadangan penubuhan Malaysia yang dilihat oleh PAS akan memberi kesan buruk terhadap kedudukan politik Melayu Islam di negara ini. Pada 27 Mei 1961, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra telah mengumumkan cadangan penubuhan Malaysia di Singapura yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu, Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura. Dalam Mesyuarat Agung Khas PAS pada 15 Oktober 1961, PAS telah mengambil pendirian untuk menolak penubuhan Malaysia kerana ia "ibarat menggali kubur politik orang Melayu," sebaliknya PAS mahu sebuah negara Melayu Raya ditubuhkan melibatkan kepulauan Indonesia, Filipina dan seluruh kepulauan Melayu yang boleh menjamin kedudukan politik orang Melayu. Sebelum ini, PAS t

04 Januari 1953 : Muzakarah Ulamak Se-Malaya

Oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani Pada hari ini dalam tahun 1953, PAS telah menganjurkan Muzakarah Ulamak Se-Malaya di Madrasah Daeratul Maarif al-Wathaniyah, Kepala Batas bagi membincangkan 16 perkara khilafiah yang telah memecahkan perpaduan umat Islam di negara ini. Perpecahan para ulamak semenjak awal abad ke-20 kerana isu-isu khilafiah telah berjaya disatukan semula oleh PAS pada 1951 apabila ulamak Kaum Muda dan Kaum Tua bersatu pendapat tentang tentang kewajipan memperjuangkan kemerdekaan dan menegakkan negara Islam. Kedua-dua aliran ini bersatu dalam PAS. Namun begitu, penyatuan para ulamak telah mengancam musuh-musuh Islam, lalu isu-isu khilafiah seperti bilangan rakaat terawih, talkin, bacaan ushalli, cara bayaran zakat, bilangan jemaah solat Jumaat dan lain-lain dimainkan di media-media sehingga berlaku pergeseran di kalangan ulamak kedua-dua aliran ini. Di dalam PAS sendiri, pertembungan ini berlaku di antara Sheikh Abdullah Fahim, Ketua Dewan Ulamak PAS yang juga Mufti Pulau Pi

03 Januari 1953 : Rancangan Politik PAS Ke Arah Perjuangan Kemerdekaan Tulen

Oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani Pada hari ini dalam tahun 1953, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama di Madrasah Daeratul Maarif al-Wathaniyyah, Kepala Batas telah meluluskan tujuh Rancangan Politik PAS sebagai sebuah pergerakan politik Islam di negara ini setelah Hizbul Muslimin terkubur pada akhir 1948. Agenda utama dalam Rancangan Politik PAS ialah memperkenalkan kemerdekaan tulen kepada rakyat Tanah Melayu, menanamkan semangat dan menjalankan cara-cara untuk mencapainya. Enam lagi Rancangan Politik PAS ialah: 1. Memperkenalkan demokrasi sejati kepada umat Islam; 2. Menubuhkan Dewan Pemuda PAS yang akan melaksanakan cita-cita merdeka PAS, dan Dewan Ulamak sebagai penasihat keagamaan; 3. Memperkenalkan PAS kepada dunia Islam; 4. Menimbulkan cogan-cogan (syiar) Islam; 5. Menegakkan sebuah negara merdeka berasaskan rakyat; dan 6. Kemerdekaan Malaya dalam lingkungan British Commonwealth. Tujuh Rancangan Politik PAS ini menunjukkan bahawa semenjak awal penubuhannya PAS telah meletakkan

02 Januari 1963 : Penetapan Halatuju PAS Untuk Menegakkan Permerintahan Islam

Oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani Pada hari ini dalam tahun 1963, PAS telah mengambil ketetapan dalam Mesyuarat Agung Tahunannya Kali Ke-11 bahawa tujuan utama perjuangan PAS ialah "menjalankan ikhtiar-ikhtiar politik dan perlembagaan untuk mewujudkan di dalam Persekutuan Tanah Melayu akan pemerintahan Islam yang berjalan di dalamnya hukum-hukum Allah, pegangan-pegangan Islam dan pandangan hidup Islam." [Undang-undang Tubuh PAS (Pindaan) 1963, Fasal 2(1)]. Pindaan terhadap Undang-undang Tubuh PAS (Pindaan) 1954 ini telah diterima dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS yang diadakan di Dewan Kesatuan Syarikat Guru-guru Melayu, Bandar Melaka pada 31 Disember 1962 hingga 2 Januari 1963. Pindaan ini dibuat untuk menyatakan dengan jelas kepada rakyat Persekutuan Tanah Melayu tentang tujuan perjuangan PAS dalam usaha menegakkan negara Islam di negara ini setelah kejatuhan khalifah pada 1924. Sebelumnya, pada 1953, PAS telah menetapkan tujuannya adalah untuk melaksanakan hukum-hukum Islam dal

01 Januari 1973 : Pembentukan Kerajaan Campuran PAS-Perikatan

Oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani Pada hari ini dalam tahun 1973, PAS telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Pembentukan kerajaan campuran ini adalah bertitik tolak daripada Tragedi 13 Mei 1969, yang menyebabkan kekacauan politik dan terjejasnya kuasa politik Melayu Islam di negara ini. Atas faktor tersebut, PAS telah menerima jemputan Kerajaan MAGERAN untuk menyertai Jawatankuasa Perpaduan dan Jawatankuasa Muhibbah sehingga penggantungan aktiviti politik ditamatkan pada 8 Ogos 1970. Pada 18 Disember 1970, Menteri Muda Penerangan, Abdul Samad Idris telah mencadangkan supaya PAS membentuk kerajaan campuran dengan Perikatan demi kepentingan politik Melayu Islam, sekaligus mendapat reaksi positif para pemimpin politik dan orang-orang Melayu. PAS telah mengambil langkah mengkaji cadangan ini. Ia bermula dengan usaha PAS Kelantan dalam mengemukakan kertas kerja bertajuk "Kerajaan Campuran PAS-Peri